Latarbelakang Sekolah:
Kawasan sekolah KAFA Integrasi Al-Insaniah.
Sekolah ini mempunyai lebih kurang 10 kelas. Jumlah murid dalam 420 orang. Sesi pagi dalam 20 orang, sessi petang 400 orang. Yuran hanya RM20/bulan, itupun ada yang tak mampu membayar, tapi masih juga ke sekolah kerana minat untuk belajar yang mendalam. Yuran digunakan untuk gaji guru-guru yang gajinya tak dibiayai oleh JAIS, selain dari menampung keperluan sekolah. Jadinya, kalau murid tak bayar yuran, kuranglah gaji guru.
Pihak sekolah memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk menampung keperluan mereka. Antara yg diperlukan segera adalah:
1) Komputer Riba (laptop)
Dua komputer pejabat dan satu komputer riba mereka telah dicuri seminggu sebelum Ramadhan yg lalu. Komputer diperlukan untuk kegunaan pejabat serta pedaftaran murid-murid untuk peperiksaan PRSA yang akan datang.
Ceiling pejabat yg dipecah masuk pencuri
2) Surau untuk para pelajar dan guru
Pihak sekolah perlukan sebuah surau yg sederhana besar untuk kegunaan harian para pelajar dan guru, yang boleh digunakan semasa sessi belajar solat. Tempat yang dicadangkan adalah di depan kantin, iaitu di ruang lapang seperti dalam gambar yg pertama.
Untuk menderma ke Wakaf Surau KAFA, sila ke sini: http://ummikusayangactivities.blogspot.com/p/projek-wakaf-surau-kafa-integrasi-al.html
Untuk menderma ke Wakaf Surau KAFA, sila ke sini: http://ummikusayangactivities.blogspot.com/p/projek-wakaf-surau-kafa-integrasi-al.html
3) Pengadang bilik darjah.
Pengadang kelas yang sudah lama dan hampir roboh, perlu diganti.
Pengadang baru yang diperlukan.
4) Pagar batu sekeliling sekolah untuk menjaga keselamatan harta benda di sekolah
Pagar sekolah yg dirosakkan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab.
Harapan kami ada yg sudi untuk membantu mereka agar boleh terus mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh.
Untuk menyumbang terus ke sekolah, boleh masukkan ke Bank Islam SAR AL-INSANIAH 12047010031372 atau hubungi Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191 Ustazah Norazainah 0173217971 |